Taraf penjara ditingkatkan

Taraf penjara ditingkatkan

BEIJING, 12 Sept – China akan mempertingkat lagi keadaan penjara dan pusat tahanan dan akan melakukan usaha lain untuk melindungi hak dan kesejahteraan banduan, kata kertas putih hari ini.

Dinamakan Perkembangan Baru dalam Perlindungan Badan Kehakiman Hak Asasi Manusia di China, kertas putih itu berkata negara akan menambah pengawasan aktiviti penyeliaan dan pelaksanaan hukuman, menstandardkan parol dan pelaksanaan hukuman di luar penjara.

Negara itu akan menetapkan defendan dan perayu penjenayah tidak perlu memakai pakaian yang mempunyai nama pusat tahanan, demi melindungi maruah peribadi banduan, keselamatan, harta sah dan hak sah termasuk hak mempertahankan diri, merayu, mengadu dan melaporkan pencabulan undang-undang, kata kertas putih.

Pada akhir tahun 2015, bilik kaunseling psikologi telahpun dibina di 2,169 rumah tahanan di China, dan 2,207 rumah tahanan yang memberikan video dua hala menerusi internet bagi mereka yang menjalani hukuman penjara mereka di rumah tahanan, kata kertas putih.

Ia menambah perkhidmatan perubatan dan pengurusan kehidupan di penjara dan rumah tahanan akan diselaraskan dalam usaha untuk melindungi hak tahanan kepada kesihatan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA