Tarian, lagu rakyat tarik perhatian di Xinjiang

Tarian, lagu rakyat tarik perhatian di Xinjiang

BEIJING, 16 Sept (Reuters) – Ketenteraan China mengajarkan tarian dan lagu rakyat kepada tenteranya di Xinjiang, rantau yang tidak mudah dikawal, sebagai sebahagian usaha untuk memperbaiki hubungan dengan penduduk minoriti yang tinggal di sana, menurutnya hari ini.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan di rantau barat jauh dalam tempoh beberapa tahun lalu. kerajaan menyalahkan kekacauan itu ke atas militan pejuang Islam yang mahu mewujudkan negeri merdeka dipanggil Timur Turkestan bagi minoriti Uighur yang bertutur bahasa Turki dan berasal dari Xinjiang.

Pasukan China di Xinjiang, yang juga bersempadan dengan Asia Tengah, Pakistan, India dan Afghanistan berada ‘di tengah-tengah krisis’ apabila ia memerangi militan dan pemisah, jawatankuasa parti Komunis bagi kawalan tentera Xinjiang menulis dalam akhbar harian Askar Pembebasan Rakyat.

Tugas mereka bukan saja berperang, menurutnya, dengan merujuk kepada beribu-ribu kegiatan yang telah mereka telah aturkan dalam tempoh lima tahun lalu ke kampung-kampung untuk ‘menjelaskan dasar etnik dan keagamaan parti itu dan menyangkal desas desus, menurutnya.

ARTIKEL YANG SAMA