Tarif baharu halang pertumbuhan ekonomi dunia

PARIS, 13 Mac – Badan pengawas ekonomi dunia memberi amaran bahawa halangan yang bakal dihadapi ketika Amerika Syarikat bersedia untuk mengenakan tarif baharu ke atas keluli dan aluminium import akan mendatangkan keburukan kepada pertumbuhan ekonomi secara global.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), penasihat dasar kepada ekonomi maju, berkata hari ini bahawa “fahaman perlindungan perdagangan kekal menjadi risiko utama yang akan menjejaskan keyakinan, pelaburan dan pekerjaan.’

Dalam kemas kini ramalannya, ia berkata bahawa memelihara “peraturan yang berasaskan sistem antarabangsa adalah penting untuk menghalang kemudaratan jangka masa panjang terhadap prospek pertumbuhan yang mungkin timbul daripada pengenduran pasaran yang terbuka.”

Kenyataan itu merupakan rujukan tersendiri terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif tanpa melalui arbitrari antarabangsa. – AP