Tarik Kalat Jemputan 21-22 Nov

Tarik Kalat Jemputan 21-22 Nov

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Pasukan-pasukan tarik kalat yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar dalam Kejohanan Tarik Kalat Jemputan 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam.

Menurut penganjur, kejohanan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tarik Kalat Dalam Dewan 8 penarik dengan berat badan keseluruhan 600 kilogram dan Tarik Kalat Luar Dewan (Tarikan menggunakan Kasut Jungle Boot Atas Rumput) 8 orang penarik dengan berat badan keseluruhan 640 kilogram.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 hingga 22 November di mana tempat kejohanan akan dimaklumkan kemudian oleh penganjur sewaktu acara pengundian dan taklimat kejohanan.

Penganjur menyatakan bahawa kejohanan itu mendapat respons yang menggalakkan dan hangat daripada segi penyertaan di mana bukan sahaja pasukan-pasukan dalam negara akan mengambil bahagian tetapi juga pasukan-pasukan dari negara jiran termasuk Singapura, Malaysia dan Thailand dijangka akan mengambil bahagian.

Gambar fail di atas menunjukkan dua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Tarik Kalat Jemputan terdahulu.
Gambar fail di atas menunjukkan dua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Tarik Kalat Jemputan terdahulu.

Sehubungan itu, pasukan-pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan melalui pihak penganjur dengan menghubungi, Pengiran Haji Iskandar melalui talian 8921668, Pengiran Haji Bakar (8778067), Awang Jumaat Damit (8895086) dan Haji Aman (8923693).

Tarikh akhir untuk menghantar borang penyertaan adalah pada 10 November 2015.

ARTIKEL YANG SAMA