Tarik minat mahasiswa kaji sejarah perkembangan Islam di Borneo

Tarik minat mahasiswa kaji sejarah perkembangan Islam di Borneo

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Sebagai program tahunannya untuk menarik minat mahasiswa-mahasiswi membuat kajian mengenai sejarah Borneo, Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) telah mengadakan program Sesi Ceramah@penBORNEO edisi kedua yang berlangsung di pusat berkenaan, di Berakas, hari ini.

Edisi kedua ini menampilkan Pensyarah Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Madya Dr. Ali Mohammad selaku pensyarah undangan, dan dihadiri oleh para pelajar institusi pengajian tinggi serta pegawai-pegawai kerajaan.

Dengan tajuk ceramah Sumbangan Intelektual Dalam Penyebaran Dakwah di Borneo terutama di Sabah: Tumpuan kepada Majalah Al-Hikmah, Profesor Madya Dr. Ali Mohammad banyak menyentuh mengenai sejarah perkembangan agama Islam di Borneo, terutamanya di Sabah yang menjadi isu menarik untuk dibincangkan terutama sekali dengan adanya persaingan hebat antara gerakan Islamisasi dengan Kristianisasi pada abad ke-19.

Beliau turut menerangkan mengenai satu pendekatan media untuk tujuan dakwah melalui penerbitan majalah bulanan (Al-Hikmah) bagi masyarakat Sabah yang banyak melibatkan ulama, intelektual dan ahli akademik yang menjadikan penerbitan majalah ini sangat penting serta memberi fokus kepada peranan ahli akademik dan penulisan mereka yang memberi sumbangan cukup besar terhadap dakwah Islam di sana.

Profesor Madya Dr. Ali Mohammad dalam ceramahnya menyentuh mengenai sejarah perkembangan agama Islam di Borneo, terutamanya di Sabah.
Profesor Madya Dr. Ali Mohammad dalam ceramahnya menyentuh mengenai sejarah perkembangan agama Islam di Borneo, terutamanya di Sabah.
Antara mahasiswa yang menyertai Program Sesi Ceramah penBORNEO edisi kedua.
Antara mahasiswa yang menyertai Program Sesi Ceramah penBORNEO edisi kedua.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Projek edisi kedua ini, setelah kejayaan yang pertama pada Ogos 2015 lalu, merupakan salah satu usaha untuk memberiga kepentingan sejarah di samping mempromosikan penBORNEO sebagai destinasi pilihan untuk membuat kajian dan penyelidikan selaras dengan visi serta misinya.

Selain daripada itu, penBORNEO juga dihasratkan sebagai pusat sumber rujukan sejarah, sekali gus memberikan kefahaman jelas kepada para pegawai kerajaan dan mahasiswa-mahasiswi serta orang ramai mengenai kepentingan ilmu sejarah untuk dipelajari dan dikaji.

Kaedah program berkenaan adalah melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan penceramah yang bersifat informasi serta mudah difahami dan boleh memberikan wawasan yang luas daripada sumber lain dalam menjelaskan tajuk dalam mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

ARTIKEL YANG SAMA