Tarik minat pelaburan hartanah

Tarik minat pelaburan hartanah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Dengan matlamat untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya terlibat sama dalam projek pelaburan hartanah di Malaysia, Persatuan Fuzhou Shiyyi Brunei mengadakan Forum Pelaburan Hartanah Malaysia yang berlangsung di Hotel Orchid Garden, Anggerek Desa, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian forum berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani Khanizaman.

Pada majlis tersebut, Presiden Persatuan Fuzhou Shiyyi Brunei, Jackson Ting berkata bahawa forum sehari itu bukan sahaja memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai peluang-peluang pelaburan hartanah daripada pemaju di Malaysia tetapi juga mempromosikan persahabatan yang lebih erat dalam kalangan ahli persatuan berkenaan.

Datuk Ghulam Jelani mendengarkan penerangan daripada pemaju yang menyertai forum itu.
Datuk Ghulam Jelani mendengarkan penerangan daripada pemaju yang menyertai forum itu.

Menurutnya lagi, persatuan memainkan peranan sebagai penghubung rangkaian untuk menjana peluang bagi kesejahteraan dan perniagaan bagi ahli-ahlinya di mana bagi tujuan itu, persatuan berkenaan akan terus berusaha menganjurkan kegiatan yang berhubungkait dengan memastikan kesejahteraan ahli-ahlinya.

Forum itu mengetengahkan sesi ceramah daripada penceramah hartanah yang berpengalaman dan juga taklimat mengenai peluang-peluang perniagaan serta pelaburan dalam bidang hartanah bagi kepentingan bersama.

ARTIKEL YANG SAMA