Tarik minat pelajar sayangi hidupan liar

Tarik minat pelajar sayangi hidupan liar

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 21 April – Dalam usaha meningkatkan kesedaran awam untuk menjaga dan memelihara alam sekitar termasuk hidupan liar, Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) dan Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengadakan Program Jerayawara Hidupan Liar ke Sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong, pagi tadi.

Seramai 106 orang pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Sekolah Menengah Muda Hashim dan Mahad Islam Tutong telah menghadiri program jerayawara berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Telisai, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata bahawa program jerayawara ini merupakan kesinambungan kepada Program Jerayawara bagi Sekolah-sekolah Kerajaan ke Seluruh Negara yang telah pun dilancarkan di Daerah Belait pada 2015.

pg12_160422_b

Para pelajar dan guru berkesempatan bergambar ramai bersama penganjur jerayawara, kelmarin.
Para pelajar dan guru berkesempatan bergambar ramai bersama penganjur jerayawara, kelmarin.

Ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat BMC dalam menyokong visi Kementerian bagi mempromosikan ekopelancongan di Brunei.

Acara berkenaan turut menyaksikan tayangan video klip yang memberikan gambaran mengenai hidupan liar, seperti ancaman, kemusnahan dan seterusnya memberikan pengenalan dan pengurusan Bahagian Hidupan Liar.

Program jerayawara bertemakan ‘Sayangi dan Hargailah Hidupan Liar Negara Kitani’ ini seterusnya menyaksikan penyampaian beberapa taklimat mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab pengurusan hidupan liar di negara ini termasuklah perundangan, penguatkuasaan dan program, pengurusan dan pemuliharaan penyu laut.

Selain itu, acara turut diisi dengan taklimat mengenai Jungle Dave, ‘Bird Wildlife Guide’ dan mengenai penubuhan Bioderversity and Natural History Society (BRUWILD) di Brunei Darussalam yang mana BRUWILD merupakan sebuah  badan bukan kerajaan yang sangat aktif dalam memberi pendidikan hidupan liar ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

Bagi menarik perhatian para pelajar mengenai program Jerayawara Hidupan Liar, sesi kuiz bagi pelajar-pelajar dan pameran hidupan liar turut dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA