Tarikan ASUS ZenFone Go

Tarikan ASUS ZenFone Go

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Agensi) – ASUS melancarkan telefon pintar ZenFone Go bagi menggantikan Zenfone 5 yang diperkenalkan tahun lalu. Telefon pintar skrin lima inci ini turut mempunyai kemudahan paparan IPS dengan resolusi 1280 x 720 HD.

Selain itu, pemprosesan quad core 1.3 GHz MediaTek membolehkan pengendalian lancar untuk menangani pelbagai tugasan. Ia juga memberi pengguna pengalaman permainan video yang lebih mengasyikkan

pg18_151106_c

Kamera belakang 8 megapiksel pula membolehkan rakaman gambar yang jelas berkualiti tinggi dengan gaya profesional. Selain itu, dua slot kad SIM bersama ciri Dwi SIM dan Dwi Mod ‘Standby’ membolehakan satu peranti untuk kegunaan peribadi dan juga kerja.

ASUS juga menawarkan pengalaman yang lebih mudah, bijak dan peribadi meerusi sistem operasi Android 5.1 (Lollipop) dengan ciri ZenUI. ZenFone Go juga mempunyai memori 2GB serta setoran 16 GB. Namun kad microSD sehingga saiz 16GB dapat digunakan bersama telefon pintar ini.

ZenFone Go kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM519.

ARTIKEL YANG SAMA