Tarikan konse...

Tarikan konsep mewah teh termahal dunia

SEORANG pereka terkenal, Christopher Jenner telah mengumumkan baru-baru ini bahawa beliau telah terlibat dalam perusahaan jenama teh mewah dunia, teh Kusmi. Kusmi Paris, telah menggunakan studionya untuk mereka bentuk konsep dalaman baru untuk cawangan kedai di Amerika Syarikat setelah pasaran teh jenama mewah itu semakin berkembang maju.

Kusmi Paris itu telah mengorak langkah dalam memperkembangkan lagi pengeluaran teh tersohor mereka sejak 1867 lagi dan jenama teh, ‘Bouquet of Flowers’ menjadi kegemaran buat Czar Nicolas II.

Pada awal perniagaan, pejabat teh Kusmi terletak di Saint Petersburg namun jenama teh ini telah berpindah ke Paris pada tahun 1917.

Apa yang pasti, reka bentuk kedai baru di Amerika itu nanti merupakan satu konsep yang baru yang direka bentuk oleh Christoper Jenner dan mengimbangi lagi sentuhan warisan Rusia walaupun teh Kusmi pada asalnya dari Perancis namun bagi mewujudkan satu konsep mewah, kedai itu direka bentuk menerusi satu naratif dan ritual dalaman yang mempesonakan.

Mendapat inspirasi dari perjalanannya ke Saint Petersberg dan Paris, Jenner mengikut keterampilan Perancis dan ketukangan luar biasa Gereja Savior di Saint Petersburg dengan mozek hebatnya, lampu gantung bras Ortodoks, lantai batu mar-mar dan kubah bawang.

Lantai parket batu mar-mar Itali yang ditempah khas dan pokok besar Perancis ditempatkan di bawah lampu gantung tiga tingkat Stainless Steel kelihatan sangat menakjubkan.
Lantai parket batu mar-mar Itali yang ditempah khas dan pokok besar Perancis ditempatkan di bawah lampu gantung tiga tingkat Stainless Steel kelihatan sangat menakjubkan.
Kusmi Tea diwujudkan di St Petersburg pada tahun 1867 oleh Pavel Kousmichoff.
Kusmi Tea diwujudkan di St Petersburg pada tahun 1867 oleh Pavel Kousmichoff.

Pakej ikonik Kusmi sendiri membentuk titik mula, yang membawa kepada usaha sama istimewa dengan Bisazza yang mana jubinnya iaitu jubin kaca mozek yang pusam telah digunakan buat pertama kali, yang diaturkan dalam corak abstrak warna-warna utama dan warna sekunder.

Dua ilustrasi besar yang diolah dengan gaya yang diilhamkan oleh Camellia Senensis, pokok renek kecil yang daun-daunnya dan juga kuntumnya digunakan dalam pembuatan teh, direalisasikan dalam tatahan dengan menggunakan 30 lapisan berwarna memberi penghormatan kepada seni pengadunan teh.

Lantai parket baru mar-mar Itali yang ditempah khas dan pokok besar Perancis ditempatkan di bawah lampu gantung tiga tingkat Stainless Steel yang menakjubkan. Sebanyak 30 cabang organik antara muka bersambung ke batang tengah pelbagai komponen berputar yang hilang menjadi kubah bawang kaca pelbagai warna diletakkan dalam siling, yang membangkitkan warisan jenama Rusia.

Ruang itu memperlihatkan komitmen cermat kepada kraf dan teknologi, yang mana teknik biasa diperluaskan menerusi rekaan komputer. Kedai baru dibuka pada Januari 2016 dalam stesen Calatrava di pusat Dagangan Dunia di New York.

Sekilas lalu mengenai Christopher Jenner

Christopher Jenner dari Britain menubuhkan studionya di London pada tahun 2010. Dilahirkan di Afrika Selatan, dia mempelajari seni halus di sekolah seni Johannesburg dan mempelajari rekaan di The Boston School of Design. Telah telah banyak mengelilingi dunia, tinggal dan bekerja di Paris, Tel Aviv dan Hong Kong. Tempoh pendedahan ini untuk membezakan budaya dan tradisi terus mempengaruhi kerjanya.

Hampir segera, studio itu mempunyai pelanggan jenama yang ingin berhubung dengan pelanggan mereka ke tahap lebih emotif. Proses rekaan Christopher mengambil kira warisan, tradisi dan ditempatkan dalam kerjanya, yang melahirkan projek yang menguasai naratif menerusi gayanya yang berbeza.

Pada masa ini studio ini bekerjasama dengan sebilangan jenama mewah dan gaya hidup. Skop projek-projek ini termasuklah dalaman, koleksi produk dan pakej, dengan itu membantu pelanggan-pelanggannya menyampaikan kaitan deria begitu penting untuk membezakan diri mereka sendiri.

Teh - 5_140217

Teh - 4_140217

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selain kerjanya dengan jenama-jenama, Christopher sedang mengusahakan siri-siri projek yang diwakili oleh galeri-galeri rekaan kontemporari terkemuka. Projek-projek ini menumpu pada inovasi, dan proses membayangkan semula kraf tradisional menerusi teknologi. Mereka mengembangkan karya unik yang mewujudkan sinergi antara tulisan tangannya dan artisan, yang merapatkan jurang antara idea dan teknik.

Kehebatan teh kusmi

Teh Kusmi diwujudkan di St Petersburg pada tahun 1867 oleh Pavel Kousmichoff. Kusmi Tea dengan pantas meraih kejayaan apabila teh-teh mereka menjadi kegemaran Czar-czar.

Lari dari revolusi 1917, keluarga Kousmichoff meninggalkan Rusia dan membina bengkel mereka di Avenue Niel di Paris. Dari situ perniagaan keluarga berjaya, dengan berkembang dari New York ke Berlin.

Pada tahun 2003, Sylvain Orebi tunduk kepada tarikan jenama ini dan telah membelinya bersama abangnya. Pandai mencipta dan amat menggemari kemodenan, dia mengambil alih kawalan dengan matlamat utama untuk menjadikan teh Kusmi, jenama teh premium dunia.

Dia menemukan semula nilai-nilai jenama, mewujudkan campuran baru dan menubuhkan rangkaian pengagihan, dengan menubuhkan lebih 50 buah kedai di seluruh dunia dan juga kedai kebanggaan di Champs-Elysees, Paris. Sepuluh tahun kemudian, jenama itu telah diberikan nafas baru: pada tahun 2014, Kusmi Tea memperingati peristiwa penting dengan kempen publisiti pelbagai anugerah “The Beauty of Blends” – Agensi