Tarikan Tohoku dari lensa jurugambar

Tarikan Tohoku dari lensa jurugambar

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Lenna N.B

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Tohoku yang terletak di bahagian timur laut Honshu, pulau terbesar di Jepun, digambarkan penuh menarik oleh sembilan jurugambar individu dan sekumpulan jurugambar dalam tempoh masa berlainan selepas gempa bumi lima tahun lalu.

Tarikan di wilayah Jepun itu dapat disaksikan melalui Pameran Tohoku Through The Eyes of Japanese Photographers yang dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku tetamu kehormat majlis itu hari ini.

Turut hadir ialah isteri Yang Berhormat Pehin.

Pameran anjuran Jabatan Muzium-muzium Brunei dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Kedutaan Jepun di negara ini, diadakan di Muzium Teknologi Melayu telah dibuka hari ini sehingga 4 Mac 2016 bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika menyaksikan pameran berkenaan diiringi oleh Puan Yang Terutama.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika menyaksikan pameran berkenaan diiringi oleh Puan Yang Terutama.
Puan Yang Terutama Noriko Iki ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.
Puan Yang Terutama Noriko Iki ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan mengenai Tohoku, sebuah wilayah yang kini sedang pulih dengan stabilnya selepas mengalami gempa bumi lima tahun lalu.

“Liputan media mengenai kemusnahan tersebut membuatkan ramai orang biasa dengan bandar-bandar dan wilayah di Tohoku, tetapi malangnya tidak ramai yang mengetahui iklim, alam semula jadinya dan budaya serta cara hidup penduduknya.

“Pameran ini bertujuan memperkenalkan aspek menarik mengenai Tohoku kepada penduduk dunia,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA