Tarikh 25 Feb dipilih bagi kerajaan baru Jamaica

Tarikh 25 Feb dipilih bagi kerajaan baru Jamaica

KINGSTON, Jamaica, 1 Feb – Perdana Menteri Jamaica Portia Simpson Miller kelmarin mengumumkan tarikh 25 Februari bagi pelantikan untuk memilih kerajaan baru.

Simpson Miller membuat pengumuman itu ketika perhimpunan politik yang dihadiri oleh ribuan penyokong di ibu negeri Jamaica.

Beliau memberitahu penyokong-penyokong Parti Nasional Rakyat (PNP) bahawa dia telah menulis kepada Gabenor Jeneral menasihatkannya bahawa parlimen akan dibubarkan pada 5 Februari.

Hari yang dipilih untuk pelantikan itu juga menandakan ulang tahun ke-10 Simpson Miller menjadi pemimpin wanita pertama di negeri kepulauan Carribean untuk memimpin parti politik utama.

Pada 2006, beliau menggantikan Percival Patterson, perdana menteri Jamaica yang paling lama berkhidmat, sebagai pemimpin PNP. – AFP