Tarikh tutup Fun Run Sweat for Charity dilanjutkan

Tarikh tutup Fun Run Sweat for Charity dilanjutkan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Majlis Kesejahteraan Masyarakat, selaku penganjur Fun Run Sweat for Charity 2016, memaklumkan tarikh tutup pendaftaran bagi penyertaan larian tersebut dilanjutkan sehingga 23 Oktober, jam 6 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk menyertai larian amal berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 23 Oktober.

Antara kategori yang dibukakan adalah 5km lelaki dan 2.5km wanita dengan bayaran hanya $35 setiap seorang.

Di samping itu, orang ramai juga berpeluang untuk berlari bersama artis-artis tempatan daripada filem-filem tempatan seperti Ilham Misteri, Ada Apa Dengan Rina, Lagenda Puteri Bukit Tempayan Pisang dan Waris.

Untuk keterangan lanjut mengenai acara yang akan bermula jam 7 pagi itu, orang ramai bolehlah menghubungi pihak penganjur di talian 7146680 atau 8186848.

ARTIKEL YANG SAMA