Tarikh tutup pengambilan PKBN 30 Oktober

Tarikh tutup pengambilan PKBN 30 Oktober

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), melalui Bahagian Khidmat Bakti Negara memaklumkan tarikh tutup penghantaran borang pendaftaran Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pengambilan kelima adalah pada Sabtu 30 Oktober ini.

KKBS dalam satu kenyataan hari ini berkata, borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Ibu Pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara, Blok 18, Simpang 32-15, Flat Anggerek Desa, Berakas.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia PKBN di talian 2340033/2340045 atau faks 2341722.

ARTIKEL YANG SAMA