Tasek Merimbun tumpuan Museum Race

Tasek Merimbun tumpuan Museum Race

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Ogos – Perlumbaan Muzium-muzium Brunei (Museum Race Brunei), yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini, memasuki minggu kedua dengan lokasi bersejarah yang menjadi tumpuan kali ini di Tasek Merimbun, Mukim Rambai, Tutong.

Hadir menyaksikan perlumbaan itu ialah Kurator Ilmu Kejadian di Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali.

Ketika ditemu bual, Yang Amat Mulia berkata perlumbaan yang diadakan Memperingati Sambutan Jubli Emas Jabatan Muzium-Muzium Brunei ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan disertai 89 buah pasukan terdiri daripada empat orang sepasukan.

Setiap pasukan perlu menyelesaikan teka-teki yang tersembunyi dan mengumpul petunjuk di pelbagai tempat bersejarah di bawah bidang kuasa Jabatan Muzium Brunei.

Yang Amat Mulia juga menjelaskan bahawa aktiviti seperti ini amat baik untuk mendedahkan Jabatan Muzium-Muzium Brunei serta untuk menarik minat orang ramai terutama belia-belia tempatan dalam mengenal tempat-tempat bersejarah dan mempelajari budaya negara sendiri.

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali ketika ditemu bual Media Permata pagi kelmarin.
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali ketika ditemu bual Media Permata pagi kelmarin.

pg09_150824_c

Hajah Hazrina dan kumpulannya ‘Dinamik’ menyatakan acara seperti itu akan dapat diadakan lagi di tahun akan datang agar aktiviti seumpama ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka.
Hajah Hazrina dan kumpulannya ‘Dinamik’ menyatakan acara seperti itu akan dapat diadakan lagi di tahun akan datang agar aktiviti seumpama ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka.

Pada sesi kedua ini, sebanyak tujuh aktiviti dijalankan di sekitar kawasan Tasek Merimbun, iaitu menganyam purun, articulata, insect setting, cari bendera, where is my home, follow the beat, the circuit, dan what do you know about butterflies.

Yang Amat Mulia juga menyatakan amat tertarik dengan perlumbaan yang diadakan ini kerana ia melibatkan para peserta untuk bekerjasama sebagai pasukan, memperkenalkan budaya, dan menggunakan alam sekitar yang mana aktiviti itu juga banyak menggunakan mental dan fizikal serta sangat mencabar para peserta.

Perlumbaan hari ini merupakan kesinambungan perlumbaan pertama yang dijalankan pada 16 Ogos yang lalu.

Salah seorang peserta dari Kumpulan Dinamik, Hajah Hazrina binti Haji Abdul Jalil, ketika ditemui menyatakan perasaan amat teruja kerana menjadi salah seorang peserta mengikuti perlumbaan tersebut kerana ia banyak memerlukan mental dan fizikal para peserta.

pg09_150824_f

pg09_150824_e

pg09_150824_g

Antara salah satu aktiviti pertandingan yang disertai oleh peserta Museum Race.
Antara salah satu aktiviti pertandingan yang disertai oleh peserta Museum Race.

Beliau yang merupakan seorang guru meluahkan harapan agar acara tersebut akan dapat diadakan lagi pada tahun yang akan datang agar aktiviti seumpama ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka dan boleh diadaptasikan kepada ilmu pengetahuan dalam mengajar pelajar-pelajarnya.

Perlumbaan akan berakhir pada 30 Ogos ini dengan majlis penyampaian hadiah di mana tiga pasukan teratas akan membawa pulang hadiah berupa tiket penerbangan.

Antara tujuan perlumbaan berkenaan adalah untuk memperkenalkan tempat-tempat warisan dan bersejarah kepada orang awam melalui aktiviti-aktiviti yang dalam bentuk fizikal serta menguji minda.

Selain itu, ia juga dihasratkan dapat menambah pengetahuan mengenai budaya negara ini, di samping dapat mengenali lebih dekat muzium-muzium dan galeri yang ada serta mengetahui bidang tugas yang dilaksanakan.

Maklumat lanjut mengenai perlumbaan ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.museumsracebrunei.com atau mengikuti akaun media sosial Jabatan Muzium-Muzium.

ARTIKEL YANG SAMA