TASKA lawat sambil belajar ke Pastamania

TASKA lawat sambil belajar ke Pastamania

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Sebagai usaha menerapkan pembelajaran sambil bermain, Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pastamania Tanjung Bunut bagi seramai 215 orang kanak-kanak Taman Asuhan 1 dan 170 dari Taman Asuhan 2.

Murid-murid dibahagikan kepada 30 orang setiap kumpulan yang akan membuat lawatan secara bergilir-gilir mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan dalam tempoh sembilan hari bermula hari ini.

Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang cara-cara membuat piza dan memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan dengan menaiki salah satu kenderaan darat iaitu bas.

Warga TASKA YSHHB bergambar ramai selepas menyertai aktiviti di Pastamania.
Warga TASKA YSHHB bergambar ramai selepas menyertai aktiviti di Pastamania.

Selain itu, lawatan tersebut juga memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti ‘hands-on’ dan memperkembangkan ‘Gross Motor Skills’ kanak-kanak melalui aktiviti membuat piza seperti menguli doh piza.

Daripada lawatan itu juga, akan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui aktiviti berkumpulan, menanamkan sifat yakin diri kanak-kanak apabila mereka berjaya membuat sesuatu perkara yang baru, mengajar tentang bentuk dan simetri serta mengajar tentang keselamatan dan kebersihan semasa berada di dapur.

ARTIKEL YANG SAMA