TASKA Yayasan lawat Taman Agro Katimahar

TASKA Yayasan lawat Taman Agro Katimahar

Oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Seramai 142 murid Taman Asuhan (TA) 3 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), hari ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Agro Majlis Perundingan Kampung (MPK) Katimahar, di sini, hari ini.

Berangkat menyertai lawatan itu, cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah dari TA 3 Jingga dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah dari TA 3 Merah.

Di awal lawatan, rombongan murid berkenaan mendengar taklimat ringkas mengenai taman tersebut yang disampaikan oleh pengasasnya, Haji Zainal bin Haji Sapar.

Terletak 25 kilometer dari ibu negara, Taman Agro MPK Katimahar meliputi kawasan lebih 100 ekar termasuk lima ekar hutan asli dan mempunyai kira-kira 50 kolam ikan air tawar dan 10 unit chalet tradisional.

YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah (kiri) dan YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa- Ul Bolqiah.
YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah (kiri) dan YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa- Ul Bolqiah.
Kelihatan murid-murid perempuan begitu seronok apabila melihat buah-buahan dan sayur-sayuran secara dekat.
Kelihatan murid-murid perempuan begitu seronok apabila melihat buah-buahan dan sayur-sayuran secara dekat.

Taman berkenaan, yang dibuka pada tahun 2010, merupakan di bawah kendalian MPK Katimahar dan dijalankan oleh para petani dari kampung tersebut.

Lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti pendidikan TASKA 3 YSHHB yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid-murid untuk mempelajari lebih banyak mengenai tumbuhan semula jadi, buah-buahan tempatan serta pengalaman kehidupan di hutan.

ARTIKEL YANG SAMA