TASKA YSHHB adakan lawatan sambil belajar

TASKA YSHHB adakan lawatan sambil belajar

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Seramai 70 orang kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) hari ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Fun Blocks di Hua Ho Manggis Mall.

Antara yang menyertai lawatan tersebut ialah cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer bin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee’,

Lawatan secara berasingan yang dibahagikan kepada tujuh kumpulan itu berlangsung selama seminggu bermula pada 15 hingga 24 November 2016 dan melibatkan kanak-kanak dari Taman Asuhan 1, 2 dan 3.

Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer antara yang menyertai lawatan tersebut.
Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer antara yang menyertai lawatan tersebut.

Ketua Level KG 1, TASKA, Hajah Oslita binti Haji Othman selaku ketua rombongan ketika ditemu bual media menjelaskan antara lain tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak TASKA YSHHB untuk bermain sambil belajar secara interaktif, menggunakan imaginasi dan ‘role play’ bersama rakan-rakan yang lain.

Selain memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk sama-sama mengajar anak-anak mereka melalui aktiviti seumpamanya, ia juga diharap dapat mengeratkan hubungan di antara para ibu bapa, penjaga dengan guru-guru TASKA YSHHB.

ARTIKEL YANG SAMA