TASKA YSHHB a...

TASKA YSHHB analisis kelemahan, ancaman

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Seramai 22 orang kakitangan Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) telah mengikuti sesi bengkel analisa SWOT yang berlangsung selama setengah hari di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Fasilitator bagi bengkel berkenaan ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa dengan dibantu oleh Pengiran Hajah Asiah binti Pengiran Haji Damit daripada Pasukan Perancangan Strategik Yayasan.

Sesi analisis SWOT diadakan untuk memimpin kakitangan TASKA melihat kekuatan dan kelemahan dalaman TASKA serta menyatakan peluang-peluang dan ancaman luaran yang boleh ditukar menjadi kelebihan bagi TASKA dalam usaha penambahbaikannya.

Kakitangan dibahagikan kepada empat kumpulan yang menamakan kumpulan masing-masing CERIA, ALL LEE, FUTURE dan AWESOME.

Gambar ramai kakitangan TASKA YSHHB yang mengikuti bengkel bersama tetamu kehormat.
Gambar ramai kakitangan TASKA YSHHB yang mengikuti bengkel bersama tetamu kehormat.

Analisis SWOT adalah antara alat berguna bagi TASKA untuk membantu mengenal pasti isu-isu kritikal (kelemahan dan ancaman) dalam konteks bahagian-bahagian mana yang perlu dibangunkan, yang berkembang maju, yang lembap dan yang boleh dijadikan sebagai kelebihan kompetitif dan ancaman TASKA.

Hasil sesi SWOT itu akan membimbing TASKA dalam menentukan apa yang perlu diberi tumpuan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana semua maklumat yang dikumpulkan akan berfungsi sebagai asas untuk perancangan strategik TASKA.

Sesi itu juga dihadiri oleh Pemangku Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab.