Tata mempertimbangkan tukar nama kereta Zica

Tata mempertimbangkan tukar nama kereta Zica

NEW DELHI, 2 Feb – Pengeluar kereta India Tata Motors sedang mempertimbangkan untuk menukar nama kereta hatchback Zica baru tatkala perasaan panik global menyelubungi wabak virus Zika, kata syarikat hari ini.

Tata Motors dalam beberapa minggu ini telah mempromosi Zica atau “kereta zippy” dengan kempen pemasaran yang membintangi pemain bola sepak Barcelona Lionel Messi.

Namun pelancarannya berlaku pada masa yang tidak bernasib baik, dengan virus Zika bawaan nyamuk merebak dengan cepat menerusi Latin Amerika, di mana ia bertanggungjawab atas pertambahan dalam anak damit yang mengalami kerosakan otak.

“Kami sedang menilai keseluruhan situasi. Tidak ada keputusan yang telah dibuat,” beritahu Minari Shah, ketua komunikasi korporat di Tata Motors di Mumbai, kepada AFP.

Kereta itu dijangka dipamerkan di Ekspo Kereta India 2016, yang dibuka di ibu negara New Delhi pada minggu ini.

Kereta keluaran Tata, Zica yang mempunyai nama seakan virus Zika.
Kereta keluaran Tata, Zica yang mempunyai nama seakan virus Zika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam mengisytiharkan darurat kesihatan antarabangsa disebabkan virus Zika.

Ia berkata virus itu “disyaki” dikaitkan dengan sejumlah besar anak damit yang dilahirkan dengan microcephaly, atau kepala yang amat kecil.

Brazil telah mengingatkan wanita hamil supaya menjauhi Olimpik, yang dibuka pada Ogos di Rio de Janeiro. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA