Tata Steel India mulakan penjualan rasmi unit United Kingdom

Tata Steel India mulakan penjualan rasmi unit United Kingdom

LONDON, 12 April (AFP) – Syarikat India Tata Steel mengumumkan semalam penjualan divisyen Eropah yang menggaji 4,800 pekerja di Britain dan Perancis, tatkala ia menutup operasi Britain di pasaran.

Kerajaan Britain telah bergegas untuk mencari seorang pembeli untuk aset Tata, dan menyelamat 15,000 pekerjaan, selepas pengumuman syarikat yang mengejutkan pada bulan lalu bahawa ia sedang menjual operasinya di Britain disebabkan bekalan berlebihan keluli, import murah ke Eropah, kos tinggi dan turun naik mata wang. Setiausaha Perniagaan Britain Sajid Javid memberitahu parlimen kerajaan boleh melabur bersama dengan pembida sektor swasta dalam usaha untuk mengekal aset Tata Steel di UK.

Tatkala ia melancarkan proses penjualan, Tata Steel berkata ia telah bersetuju untuk menjual divisyen Long Porducts Europe (LPE) – di mana aset utama adalah kerja-kerja keluli Scunthorpe di timur England – kepada Greybull Capital, firma pelaburan keluarga yang berpangkalan di Britain. Long Products adalah barangan seperti paip keluli dan dijual berdasarkan panjang.

“Urus niaga ini akan menawarkan masa depan untuk perniagaan LPE dan 4,400 pekerjanya di UK,” kata Hans Fischer, ketua eksekutif operasi Eropah Tata Steel. Tata Steel masih mencari seorang pembeli untuk seluruh aset Britain termasuk kerja-kerja Port Talbot di selatan pantai Wales, kilang keluli terbesar di Britain, yang menggaji 4,000 pekerja.

Gambar fail bertarikh 31 Mac 2016 menunjukkan kilang keluli Tata Steel di Scunthorpe, utara timur England. – AFP
Gambar fail bertarikh 31 Mac 2016 menunjukkan kilang keluli Tata Steel di Scunthorpe, utara timur England. – AFP

Perjanjian LPE dijangka selesai dalam masa lapan minggu, tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dipatuhi. LPE, yang akan dinamakan semula sebagai British Steel, dijual dengan harga nominal 1 pound.

Greybull berkata ia sedang mengatur pelaburan berjumlah 400 juta pound dan pakej pembiayaan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Penjualan juga termasuk dua kilang, sebuah terminal pelabuhan, sebuah bengkel kejuruteraan dan sebuah firma pakar runding reka bentuk, kesemuanya di Britain, serta sebuah kilang di timur laut Perancis yang menggaji 400 orang.

Selepas dua minggu menerima tekanan daripada pembangkang, kesatuan perniagaan dan desakan mengenai pengendalian kerajaan ke atas krisis, Javid berkata kerajaan mungkin membabitkan diri dalam penjualan operasi UK yang masih tinggal. Beliau berkata beliau telah berhubung dengan pembeli berpotensi.

ARTIKEL YANG SAMA