Tatatertib urus jenazah

Tatatertib urus jenazah

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Lebih 30 orang remaja dan ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Lampai, Kampung Pintu Malim, dan Kampung Kota Batu telah mengikuti Bengkel Fardu Kifayah, kelmarin.

Penyertaan bengkel yang diketuai oleh Ketua Kampung Kota Batu, Haji Damit bin Haji Laidin dan Ketua Imam Masjid Kampung Pintu Malim, Haji Mohd Azrul Alim bin Haji Zaini itu dikendalikan oleh Imam Haji Zainal bin Haji Othman.

Pada bengkel itu, beliau telah menerangkan pengisian bengkel tersebut secara teori dan praktikal termasuk menerangkan bagaimana petanda dan keadaan si mati sebelum menghembuskan nafas terakhir, tatatertib menghadapi seseorang yang sedang nazak.

Pengendali bengkel menunjukkan cara mengendalikan jenazah.
Pengendali bengkel menunjukkan cara mengendalikan jenazah.

Turut diterangkan pada bengkel itu ialah cara menguruskan jenazah seperti memandikan jenazah dengan menggunakan replika patung.

Bengkel itu diadakan selama dua hari selepas solat Maghrib dan Isyak, dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

ARTIKEL YANG SAMA