Taufan akan landa Hainan China

Taufan akan landa Hainan China

BEIJING, 22 Jun (Reuters) – Taufan pertama tahun ini melanda China akan dijangka berlaku di dalam atau berhampiran selatan pulau Hainan hari ini, yang akan membantu meredakan musim kemarau di pusat pelancongan dan pengeluar getah, menurut agensi berita Xinhua.

Taufan Kujira akan melanda Pulau Paracel di Laut China Selatan sebelum melanda daratan antara Wanning di Hainan dan Zhanjiang di wilayah jiran Guangdong, membawa angin kencang dan hujan lebat, menurut Xinhua lewat semalam.

Ia dijangka akan bertukar menjadi lemah setelah mencecah ke daratan, tambah laporan itu lagi.

Namun ia akan meredakan kemarau teruk Hainan dalam masa lebih setengah abad, menurut Xinhua, yang telah menjejaskan sekitar satu pertiga daripada pulau itu, sebuah tempat yang China suka menggambarkannya seperti Hawaii atau Phuket.

ARTIKEL YANG SAMA