Taufan badai Bahamas

Taufan badai Bahamas

MIAMI, 2 Okt (AFP) – Joaquin, taufan Kategori Empat ‘amat berbahaya’, melanda tengah Bahamas dengan angin selaju 215 kilometer sejam awal hari ini ketika para penduduk pantai timur AS yang gementar bimbang mungkin mereka dilanda seterusnya.

Joaquin ‘masih melanda tengah Bahamas’ pada pukul 6 petang, Pusat Taufan Kebangsaan di Miami berkata tiga jam selepas melaporkan bahawa taufan ‘melanda tengah Bahamas’.

Besar dan bergerak perlahan, Joaquin dijangka melanda barat laut Bahamas lewat hari ini.

Dikelaskan sebagai ‘amat berbahaya’ taufan kategori empat, Joaquin mampu mengakibatkan kematian dan kemusnahan dengan angin 130 batu sejam, menurut pusat taufan.

Kekuatan angin taufan bertambah sehingga 80 kilometer dari pusatnya dan kekuatan angin tropika sehingga 185 batu ke luar.

Kelas-kelas dibatalkan di Bahamas, beberapa penerbangan dibatalkan dan kapal persiaran yang menuju destinasi percutian popular dilencongkan ke tempat lain.

Para pegawai Cuba telah mengeluarkan amaran ribut tropika bagi kebanyakan bahagian di tenggara pulau itu, yang bererti keadaan taufan dijangka berada dalam kawasan amaran.

Pada laluan masa ini, Joaquin mungkin mengakibatkan kebanjiran pantai di rantau tengah Atlantik, AS, menurut pihak peramal.

Persiapan kecemasan bermula sejauh-jauhnya utara New York, dan para pegawai di Bahamas menggesa orang ramai bersiap sedia bagi turunan hujan sehingga 37 sentimeter.

Presiden AS Barack Obama diberi penerangan ringkas tentang persiapan, menurut Rumah Putih.

Para penduduk di timur AS telah mengosongkan rak barangan runcit seperti air, susu dan barang penting sebelum ketibaan taufan.

Memandangkan Joaquin bergerak perlahan ‘situasi menimbulkan bencana mungkin berlaku’ di Bahamas, ‘dengan tempoh berpanjangan keadaan teruk taufan, menurut www.weather.com.

Hujan lebat berkemungkinan berlaku di Carolinas dan Virginia, lapor media AS.

Ribut berbahaya dan mengancam nyawa akan mengakibatkan paras air naik sedalam-dalamnya 10 kaki di atas tahap pasang surut biasa di beberapa bahagian tengah Bahamas, menurut laporan itu lagi.

Bahamas adalah sebuah rangkaian pulau yang di utara jauhnya terletak di perairan pantai selatan Florida.