Taufan Fiji timbulkan kebimbangan kesihatan

Taufan Fiji timbulkan kebimbangan kesihatan

SYDNEY, 22 Feb (Reuters) – Fiji memulakan pembersihan besar-besaran hari ini selepas salah satu ribut paling kuat yang dicatat di selatan hemisfera melanda negara pulau Pasifik itu, membunuh 17 orang, meranapkan kampung terpencil dan memutuskan komunikasi.

Agensi bantuan mengingatkan mengenai krisis kesihatan meluas, terutamanya di kawasan rendah di mana beribu-ribu daripada 900,000 penduduk Fiji tinggal dalam teratak tin, selepas tanaman dihapuskan dan bekalan air bersih disekat. Hampir 8,000 orang masih berlindung di pusat pemindahan di seluruh Fiji yang ditujui oleh mereka sebelum siklon tropika Winston melanda pada lewat Sabtu dengan kelajuan angin sehingga 325 ksj.

“Jumlah kematian akibat Siklon Winston terus meningkat dan laporan kerosakan besar sedang diterima dari seluruh Fiji,” kata Menteri Luar New Zealand Murray McCully. “Adalah jelas Fiji menghadapi operasi pembersihan dan pemulihan besar.”

McCully berkata Anggota Pertahanan New Zealand C-130 akan berlepas ke ibu negara Fiji, Suva, pada lewat hari ini dengan bekalan bantuan dan kumpulan respon kecemasan. Kebanyakan kerosakan berlaku di pantai barat dan berpunca daripada serpihan yang berterbangan dan lemas dalam banjir ribut, kata pihak berkuasa. Juga timbulnya kebimbangan tujuh nelayan dipercayai hilang di laut.

Perintah berkurung 36-jam dibatalkan pada awal hari ini, membenarkan tentera Fiji mempertingkat usaha untuk sampai ke kawasan lebih terpencil gugusan kepulauan yang terdiri daripada kira-kira 300 pulau.

Kawasan di Fiji yang teruk terjejas oleh taufan baru-baru ini. – Reuters
Kawasan di Fiji yang teruk terjejas oleh taufan baru-baru ini. – Reuters

“Penduduk Fiji terdesak membaiki beberapa beberapa talian komunikasi yang terputus, tetapi mereka mempunyai kebimbangan bahawa berita yang diterima mereka adalah teruk,” kata Raijeli Nicole, pengarah kumpulan bantuan serantau Pasifik Oxfam.

Gambar udara pulau terpencil yang diambil oleh Tentera Udara Diraja New Zealand, dan disiar di laman web kerajan Fiji, menunjukkan seluruh kampung dimusnahkan dan dibanjiri.

Agensi bantuan diberitahu pada satu mesyuarat Pusat Operasi Kecemasan Nasional Fiji hari ini tentang kerosakan “teruk” ke atas Pulau Koro, pulau ketujuh terbesar Fiji. Bekalan makanan dan air menimbulkan kebimbangan, walaupun untuk kawasan seperti Suva yang tidak mengalami kerosakan seteruk rantau lebih terpencil.

ARTIKEL YANG SAMA