Taufan ganas landa Florida

Taufan ganas landa Florida

MIAMI, 7 Okt – Taufan Matthew membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga 120 batu sejam ketika ia membadai pantai Florida hari ini, selepas melanda Caribbean dan dilaporkan telah mengorbankan lebih 300 orang di Haiti.

Matthew menurun kepada ribut Kategori 3 awal hari ini oleh Pusat Taufan Kebangsaan, ketika angin kencang mereda sedikit. Namun Florida masih lagi berdepan taufan paling bahaya dalam sejarah kehidupan.

Media tempatan menunjukkan jalan-jalan yang lenggang selepas dibadai oleh angin kencang ketika hujan mendatar membadai pantai pada waktu subuh, dengan talian tenaga terputus dan pokok-pokok tumbang menyekat jalan raya dan mengakibatkan para penduduk terkandas.

Ribut itu mengakibatkan huru-hara ketika ia melanda pantai selatan Haiti pada Selasa, membunuh lebih 300 orang, menurut senator dari rantau itu, Herve Fourcand.

Jumlah kerajaan kekal mencatatkan 122 kematian dan Radio Television Caraibes melaporkan 264 terkorban.

Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta akibat angin kencang di sebuah komuniti kediaman selepas Taufan Matthew melanda Pantai Ormond, Florida pada 7 Oktober. – AFP
Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta akibat angin kencang di sebuah komuniti kediaman selepas Taufan Matthew melanda Pantai Ormond, Florida pada 7 Oktober. – AFP

Jumlah tepat akan mengambil masa beberapa hari untuk dipastikan kerana kerosakannya sangat besar.

Rakaman dari udara oleh jurnalis yang berjaya meninjau ke bandar-bandar yang dilanda teruk menunjukkan landskap teruk pondok-pondok logam dengan bumbung rumah mereka diterbangkan dan pokok tumbang di mana-mana. Lumpur coklat dari sungai melimpah meliputi tanah.

Di bandar Jeremie, 80 peratus bangunan telah musnah teruk, kata NGO Care.

Bandar dengan penduduk seramai 30,000 ‘itu musnah teruk’, kata Jean-Michel Vigreux, pengarah Care Haiti.

Rakaman dari udara itu kelihatannya seperti selepas gempa bumi melanda Haiti pada 2010.

Jauh ke selatan, bandar Cayes, yang ketiga di Haiti, dibadai oleh ribut itu selama beberapa jam.

“Saya menyangka saya akan mati,” kata Yolette Cazenor, 36 tahun yang sedang berdiri di hadapan sebuah rumah hancur terbelah dua oleh pokok kelapa sawit yang tumbang.

Di Florida, NHC berkata ribut itu bergerak selari ke dan di luar pantai timur sebelum subuh hari ini.

Sepanjang hari itu, Matthew telah melanda sekitar 600 batu di sepanjang pantai dari Boca Raton di Florida hingga ke utara Charleston, South Carolina, membawa air laut masin dan hujan lebat ke daratan. – AFP