Taufan Goni hentam Filipina, tuju Jepun

Taufan Goni hentam Filipina, tuju Jepun

MANILA, 23 Ogos (AFP) – Taufan Goni yang sudah lemah menuju ke Jepun hari ini, selepas menghentam utara Filipina mengakibatkan 10 orang mati dan beribu-ribu lagi dipindahkan di pesisir timur Taiwan.

Pada pagi ini, Goni dengan angin selaju 170 kmsj dikesan 360km dari pulau paling utara Filipina, Batanes, bergerak ke timur laut selaju 17 kmsj, pusat kaji cuaca kerajaan Filipina mengatakan.

Filipina merupakan negara paling teruk dilanda taufan itu, yang mencetuskan tanah runtuh dan banjir, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang manakala 17 lagi hilang di pulau utama utara Luzon.

“Pengosongan awal sudah pun dijalankan di kebanyakan kawasan, namun malangnya, beberapa buah kawasan tidak melakukan pengosongan ini dan sebahagiannya melakukan pengosongan ketika taufan sudah pun mula melanda,” kata ketua tentera pertahanan awam negara, Alexander Pama,

Seramai 17 orang hilang dari komuniti perlombongan kecil yang tertimbus akibat tanah runtuh, kata polis di kawasan itu.

Pokok kelihatan di atas jalan selepas tumbang akibat taufan Goni di bandar Baguio, utara Filipina. Sepuluh mati manakala beribu-ribu lagi dipindahkan selepas taufan kategori ketiga itu menghentam utara Filipina, kata pegawai bencana. – Reuters
Pokok kelihatan di atas jalan selepas tumbang akibat taufan Goni di bandar Baguio, utara Filipina. Sepuluh mati manakala beribu-ribu lagi dipindahkan selepas taufan kategori ketiga itu menghentam utara Filipina, kata pegawai bencana. – Reuters

Meskipun pusat kaji cuaca Filipina mengatakan kebanyakan bahaya sudah pun berlalu, sebanyak 40 pusat pemindahan masih lagi beroperasi dengan 4,000 orang ditempatkan, kata ketua respons bencana di jabatan kebajikan sosial, Tess Briones.

Di wilayah utara Ilocos Norte, sebuah bandar pulau di tengah-tengah sungainya, jambatannya musnah, mengakibatkan 730 orang keluarga terkandas, kata pegawai.

Taufan itu merupakan yang kesembilan daripada purata 20 yang melanda Filipina setiap tahun.