Taufan Halola badai pulau barat Jepun

Taufan Halola badai pulau barat Jepun

TOKYO, 26 Julai (AFP) – Taufan kuat telah membuat pendaratan di salah sebuah pulau utama Jepun hari ini selepas angin kencang dan hujan lebat menyebabkan pembatalan beberapa penerbangan tempatan di rangkaian pulau negara itu.

Taufan Halola, membawa angin sehingga 108km sejam, mendarat berhampiran Sasebo di pulau barat Kyushu sekitar 7 malam (1000 GMT), menurut agensi meteorologi.

Agensi memberi amaran angin kencang dan ombak tinggi di rantau itu walaupun ribut dijangka menjadi lemah pada awal esok (Isnin).

Taufan itu bergerak ke timur laut sepanjang kepulauan Jepun pada kelajuan 35km sejam, menurut agensi.

ARTIKEL YANG SAMA