Taufan Hermine landa Florida

Taufan Hermine landa Florida

MIAMI, 2 Sept – Taufan Hermine melanda pantai Teluk Florida pada awal hari ini dengan angin dan hujan lebat menyebabkan banjir dan pemotongan kuasa bagi berpuluh-puluh ribu orang, dimana pegawai-pegawai memberi amaran atas keadaan ” mengancam nyawa” .

Ribut Kategori Satu itu melanda sekitar 1:30 pagi waktu tempatan (0530 GMT) berhampiran St Marks, di selatan Florida, Bandar Tallahassee, dengan kelajuan angin 80 batu (130 kilometer) melebar 45 batu dari mata taufan, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Miami (NHC).

Ribut itu bergerak dari utara-timur laut pada 14 batu sejam. Kira-kira 70,000 orang di Tallahassee sudah terputus bekalan elektrik apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman video mengenai keadaan angin dan kereta yang melalui jalan-jalan yang sudahpun dinaiki air.

Pihak berkuasa di beberapa daerah telah mengeluarkan perintah pemindahan mandatori bagi penduduk yang tinggal di kawasan pantai dan kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Beratus-ratus sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan ditutup hari ini sebagai langkah persedian bagi menghadapi rebut taufan itu.

Hannah Coles, 9, berehat dari mengayuh basikalnya untuk merasai angin yang kuat beserta hujan pada lewat petang kelmarin di Gulfport, Florida. – AP
Hannah Coles, 9, berehat dari mengayuh basikalnya untuk merasai angin yang kuat beserta hujan pada lewat petang kelmarin di Gulfport, Florida. – AP

Hermine adalah Taufan pertama yang mengenai Florida dalam masa 11 tahun sejak tahun 2005. Jurucakap Pentagon, Jeff Davis berkata 100 anggota Pengawal Kebangsaan Florida telah digerakkan, dengan 6,000 lagi untuk pemantauan berjaga-jaga di negeri itu dan 34,000 anggota pula bersiap sedia untuk dihantar bagi mengawal di tempat lain di Amerika Syarikat.

Presiden Barack Obama telah meminta pentadbir FEMA, Craig Fugate untuk terus mengemas kini mengenai keadaan itu “dan memberitahunya jika ada apa-apa keperluan yang belum dipenuhi”, kata jurucakap White House Josh Earnest. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA