Taufan Hermine ragut dua jiwa

Taufan Hermine ragut dua jiwa

WASHINGTON, 4 Sept – Taufan Hermine yang melanda Pantai Timur Amerika Syarikat kelmarin, telah membunuh mangsa kedua, membawa banjir maut dan menangguhkan aktiviti-aktiviti pantai bagi percutian akhir musim panas.

Hermine, kini bergerak di seluruh luar pesisiran utara Carolina dari arah timur-timur laut pada kira-kira 19kmsj, menurut Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami.

Kematian terkini akibat ribut itu berlaku apabila angin dianggarkan antara 60 hingga 70 batu sejam telah menumbang jentera berat 18-roda di lebuh raya Utara Carolina dan menterbalikkan teksi di jambatan berpagar, membunuh pemandu yang tidak dikenali, kata Tyrrell County Sheriff Darryl Liverman kepada AFP.

Kematian terbaru itu membawa mangsa ribut kepada dua orang, selepas seorang gelandangan terbunuh akibat pokok jatuh pada Jumaat lalu di Florida.

Air daripada Roanoke Sound pound the Virginia Dare Trail di Manteo, Utara Carolina, kelmarin apabila Ribut Tropika Hermine melintasi Outer Banks. – AP
Air daripada Roanoke Sound pound the Virginia Dare Trail di Manteo, Utara Carolina, kelmarin apabila Ribut Tropika Hermine melintasi Outer Banks. – AP

Dengan kekuatan angin yang mencapai 70 batu sejam, taufan Hermine telah memberi ancaman banjir maut di sepanjang Pantai Timur.

Pusat Perkhidmatan yang berpangkalan di Miami juga memberi amaran bawah ribut berbahaya dijangka berlaku dalam 36 jam akan datang di sepanjang pantai Virginia ke New Jersey.

Hermine adalah taufan yang melanda Teluk Florida menyebabkan jalan-jalan dilimpahi air banjir dan mengakibatkan gangguan elekrik. Taufan tersebut adalah yang pertama melanda negeri tenggara itu sejak 2005.

Taufan Hermine kemudiannya menjadi lemah kepada ribut tropika dan bergerak menuju utara. – AFP