Taufan kuat di Fiji ragut lima nyawa

Taufan kuat di Fiji ragut lima nyawa

SYDNEY, 21 Feb (Reuters) – Talian elektrik yang terputus dan banjir sedang menghambat usaha bantuan di Fiji selepas salah satu ribut paling kuat yang dicatat di selatan hemisfera melanda negara pulau Pasifik, meranapkan kampung terpencil dan membunuh sekurang-kurangnya lima orang.

Angin kencang dan hujan lebat memusnah rumah-rumah dan memutuskan bekalan elektrik, air dan komunikasi di seluruh negara yang mempunyai 900,000 penduduk, walaupun Suva, ibu negara, terlepas daripada kesan paling teruk selepas ribut mengubah haluan pada minit-minit terakhir.

Perdana Menteri Frank Bainimarama mengesahkan jumlah kematian dan mengisytiharkan keadaan darurat 30 hari, dengan sekolah diarah ditutup dan perintah berkurung di seluruh negara dilanjutkan sehingga pagi esok. “Kami akan memberikan satu jadual masa untuk pemulihan air dan tenaga elektrik,” kata beliau, menambah bekalan elektrik ke beberapa kawasan telahpun diputuskan secara sengaja untuk mengelak kerosakan seterusnya.

Sebuah stesen perkhidmatan runtuh selepas Taufan Winston landa bandar Ba di Kepulauan Viti Levu, Fiji. – Reuters
Sebuah stesen perkhidmatan runtuh selepas Taufan Winston landa bandar Ba di Kepulauan Viti Levu, Fiji. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA