Taufan kuat hampiri selatan Jepun

Taufan kuat hampiri selatan Jepun

TOKYO, 3 Okt – Taufan kuat bergerak menuju rangkaian pulau paling selatan Okinawa hari ini, dengan membawa angin kencang yang memaksa pembatalan penerbangan.

Ribut ‘paling kuat’ itu dijangka melanda kepulauan subtropika lewat hari ini, dengan angin selaju sehingga 250 kilometer sejam, menurut agensi cuaca Jepun.

Ribut itu berada kira-kira 270 kilometer selatan bandar Okinawa, Naha, awal hari ini, bergerak masuk di hala utara timur laut, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Selepas melanda Okinawa, ribut itu dijangka melanda pulau utama Jepun, Honshu esok, menurut agensi itu lagi, yang telah mengeluarkan amaran ombak besar dan ribut taufan.

Dua sistem penerbangan terbesar Jepun, All Nippon Airways dan Japan Airlines, berkata sebanyak 125 penerbangan tempatan bagi kedua-dua sistem penerbangan itu telah dibatalkan setakat ini disebabkan taufan itu.

Kelas-kelas pembelajaran di sekolah rendah dan menengah di Okinawa telah dibatalkan hari ini, menurut laporan media. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA