Taufan Madeline ancam Hawaii

Taufan Madeline ancam Hawaii

MIAMI, 30 Ogos – Taufan Madeline dijangka bergerak melalui pertengahan Hawaii minggu ini, peramal kaji cuaca AS berkata semalam, mengancam berlakunya banjir dan gangguan kepada lawatan yang dirancang oleh Presiden Barack Obama dan orang kenamaan lain.

Taufan kategori tiga ketika ini, Madeline dijangka bergerak melalui pulau besar Hawaii pada Rabu, membawa hujan lebat dan angin kencang, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat.

Taufan berada anggaran 575 batu (925 kilometer) timur Hilo, Hawaii pada 0300 GMT hari ini. – AFP