Taufan Megi dijangka landa Taiwan

Taufan Megi dijangka landa Taiwan

TAIPEI, Taiwan, 27 Sept – Taiwan menutup sekolah dan pejabat tatkala taufan yang membawa angin sekuat 162 kilometers – (100 batu) setiap jam menghampiri pulau pergunungan itu hari ini.

Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran tatkala Taufan Megi itu akan membawa angin dan hujan yang dijangka meliputi seluruh pulau itu, yang terdedah kepada tanah runtuh dan banjir, kata Ketua Pengarah Agensi Kebakaran Kebangsaan Chen Wen-lung.

Megi dijangka membuat pendaratan pada waktu petang dan melewati pertengahan pergunungan curam di pulau ini pada waktu malam.

Biro Cuaca Pusat berkata Megi bergerak 500 kilometer (310 batu) diameter dan angin kencang bertiup sehingga 198 kilometer sejam.

Chen berkata pada pagi Selasa 5,336 orang telah dipindahkan dari kawasan pergunungan yang terdedah kepada tanah runtuh dan banjir. Lebih separuh mereka pergi ke tempat perlindungan dan selebihnya ke rumah keluarga atau kawan-kawan, kata Chen. Sekolah dan pejabat ditutup di seluruh pulau ini.

Air di empangan di Daerah Xindian dilihat mengalir deras tatkala Taufan Megi melanda timur Taiwan kelmarin. – AFP
Air di empangan di Daerah Xindian dilihat mengalir deras tatkala Taufan Megi melanda timur Taiwan kelmarin. – AFP

Megi adalah taufan keempat tahun yang melanda Taiwan.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan pula dibatalkan, manakala kereta api berkelajuan tinggi dan kebanyakan kereta api lain juga menghentikan operasi.

Di pantai China, kira-kira 160 kilometer (100 batu) dari Taiwan, bot nelayan diarah kembali ke pelabuhan. – Xinhua