Taufan Mindulle bawa hujan lebat badai utara Jepun

Taufan Mindulle bawa hujan lebat badai utara Jepun

TOKYO, 23 Ogos – Taufan kuat disertai hujan lebat telah mengakibatkan banjir di pulau Hokkaido utara Jepun hari ini selepas meragut satu nyawa dan mencederakan puluhan yang lain di kawasan berhampiran Tokyo.

Taufan Mindulle, yang membuat pendaratan berhampiran bandar Jepun hari ini, membanjiri sungai, menenggelami jalan raya dan memusnahkan ladang di Hokkaido, menurut rakaman televisyen.

Seorang wanita di bandar Sagamihara di luar Tokyo meninggal dunia kelmarin akibat daripada ribut itu, menurut kerajaan wilayah Kanagawa.

Sama ada polis mahupun pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai butiran lanjut bagaimana dia meninggal dunia, namun laporan media berkata penjaga berusia 58 tahun itu sedang menunggang basikal apabila dia dihanyutkan oleh air banjir.

Kematian itu muncul selepas ribut lain, Taufan Kompasu, membadai Hokkaido pada Ahad, membunuh seorang lelaki yang berusia dalam 40-an.

Mayatnya ditemui pada Isnin berhampiran kenderaannya, yang terkandas akibat banjir, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran kebangsaan.

Kompasu semakin berkurangan menjadi bertekanan rendah pada awal kelmarin dan bergerak ke Lautan Okhotsk.

Namun Mindulle masih lagi membawa hujan lebat ke Hokkaido, tempat para pegawai telah mengeluarkan amaran bagi tanah runtuh, banjir, angin kencang dan ombak tinggi.

Mindulle mengakibatkan kira-kira 61 orang cedera ketika ia berpusar di seluruh rantau timur laut Jepun, menurut penyiaran kebangsaan NHK. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA