Taufan Newton ragut dua nyawa

Taufan Newton ragut dua nyawa

LA PAZ, Mexico, 7 Sept – Taufan Newton mencetuskan ombak besar di semenanjung Baja California yang menenggelamkan kapal menangkap udang kelmarin, mengakibatkan dua orang maut manakala tiga lagi hilang, kata pihak berkuasa.

Dua mayat berkenaan ditemui di pantai Las Barrancas berhampiran La Ribera dan Cabo Pulmo, kata pengarah perlindungan awam Los Cabos, Marco Antonio Vazquez.

Di sebalik amaran supaya tidak ke laut, “mereka tidak mengikut arahan keselamatan,” kata Vazquez, dan menambah tragedi berlaku antara Laut Cortez dan Lautan Pasifik.

Pihak berkuasa menutup pelabuhan kepada kapal-kapal kecil sejak lewat Isnin lalu disebabkan angin kuat Newton dan bimbang dengan ribut.

Seorang lelaki mengambil gambar kerosakan yang disebabkan oleh Taufan Newton di Pantai El Medano, di Cabo San Lucas, Mexico, kelmarin. - AP
Seorang lelaki mengambil gambar kerosakan yang disebabkan oleh Taufan Newton di Pantai El Medano, di Cabo San Lucas, Mexico, kelmarin. – AP

Sebuah kapal layar juga karam tetapi dua penumpangnya berjaya diselamatkan.

Newton melakukan pendaratan berhampiran pusat peranginan Los Cabos sebelum subuh, menumbangkan pokok dan memecahkan tingkap tetapi tidak menyebabkan kerosakan teruk, dua tahun selepas taufan kuat Odoli meragut enam nyawa dan menyebabkan kemusnahan bernilai AS$1 bilion. – AFP