Taufan Soudelor: Beratus-ratus dipindahkan

Taufan Soudelor: Beratus-ratus dipindahkan

TAIPEI/YILAN, Taiwan, 7 Ogos (Reuters) – Taiwan memindah beratus orang dari rumah mereka pada hari ini takala taufan paling kuat yang mengancam pulau tersebut dalam dua tahun berpusar-pusar ke arah kawasannya dan dijangka mendarat awal esok.

Pihak berkuasa berkata 611 orang telah pun dipindahkan, kebanyakan dari kawasan pantai timur, tatkala Taufan Soudelor menghampiri. Ribut itu telahpun meragut mangsa perrtamanya, dengan dua orang terbunuh dan seorang hilang dalam perairan bergelora di luar pantai daerah timur laut Taiwan Yilan, kata pengawal pantai.

Penerbangan dibatalkan, pejabat ditutup dan sekolah digantung di seluruh pulau. Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di pulau itu, beroperasi seperti biasa hari ini, akan digantung pada pagi esok.

Angin dan hujan memukul-mukul pokok di ibu negara, Taipei, dan media menunjukkan ombak di sepanjang pantai setinggi lima meter.

Orang ramai terpaksa menahan payung mereka dalam hujan lebat ketika Taufan Soudelor menghampiri Hangzhou, wilayah Zhejiang, 7 Ogos. Taiwan memindahkan beratus-ratus orang dari kediaman mereka hari ini ketika taufan kuat itu mengancam pulau itu dan dijangka melanda pulau itu awal pagi esok. – Reuters
Orang ramai terpaksa menahan payung mereka dalam hujan lebat ketika Taufan Soudelor menghampiri Hangzhou, wilayah Zhejiang, 7 Ogos. Taiwan memindahkan beratus-ratus orang dari kediaman mereka hari ini ketika taufan kuat itu mengancam pulau itu dan dijangka melanda pulau itu awal pagi esok. – Reuters

Tentera pulau berkata ia telah menempatkan berpuluh ribu tentera dan beribu-ribu kenderaan untuk operasi menyelamat tatkala amaran banjir dikeluarkan untuk sebahagian daripada kawasan barat laut pulau.

Taufan telah dilabel ribut kategori 3 di skala 1 hingga 5 oleh Risiko Ribut Tropika dan dijangka meningkat kepada kategori 4 dalam masa beberapa jam.

Ia mempunyai angin dengan kelajuan 173 ksj berhampiran dengan pusatnya, kata Biro Cuaca, menjadikannya ribut paling kuat yang mengancam pulau sejak Taufan Usaagi 2013.

Ia telahpun dibandingkan dengan Taufan Morakot pada 2009, yang membawa pemusnahan di selatan Taiwan, meninggalkan kira-kira 700 orang terbunuh atau hilang dan mengakibatkan kerosakan bernilai $3 bilion.