Taufan Ula kini sasar Fiji

Taufan Ula kini sasar Fiji

pg13_160104_c

SUVA, Fiji, 3 Jan (AFP) – Kerajaan Fiji hari ini mengeluarkan amaran kepada penduduknya supaya bersiap sedia menghadapi angin kencang apabila Taufan Ula kini beralih haluan ke negara di Lautan Pasifik itu.

Pakar meteorologi berkata, taufan kategori tiga itu mengekalkan kelajuannya selepas menyebabkan beratus-ratus penduduk meninggalkan kediaman mereka pada Sabtu di negara jiran, Tonga.

Pengarah Pusat Meteorologi Fiji, Ravind Kumar pula berkata, taufan berkenaan kemudiannya membadai ke arah tenggara menuju timur Pulau Lau, Fiji pada Ahad lalu dengan kelajuan 150 kilometer sejam.

“Pada awalnya menunjukkan ia semakin lemah.

Bagaimanapun kelajuannya berkurangan dan selepas itu kembali mengekal rentaknya dalam tempoh 12 hingga 24 jam.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan lebih rapi,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA