Tawa bangkit kejar juara

Tawa bangkit kejar juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Tiga buah pasukan mara untuk bersaing dalam final tiga penjuru Futsal Keluarga Cuti Sekolah Mac 2016 iaitu Mantuka FT, Tawa dan Takidum.

Setelah berakhirnya final yang telah dijalankan secara format liga dua pusingan berkenaan, Tawa muncul sebagai juara setelah mengumpul tujuh mata dari dua menang, satu seri dan satu kalah.

Muncul naib juara pula ialah Mantuka FT yang berjaya meraih enam mata dari dua kemenangan dan dua kekalahan, manakala Takidum perlu berpuas hati memenangi tempat ketiga dengan empat mata dari satu menang, satu seri dan dua kalah.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada tiga pasukan terbaik kejohanan berkenaan ialah Instruktor Bolasepak Akar Umbi FIFA, Haji Puspa bin Haji Mohammad.

Pusingan pertama final berkenaan menyaksikan Tawa mencatat kemenangan 1-0 ke atas Mantuka FT, disusuli dengan keputusan seri 0-0 dengan Takidum. Perlawanan terakhir pusingan itu menyaksikan Takidum menang 3-0 ke atas Mantuka FT.

Pusingan kedua menyaksikan kebangkitan Mantuka FT yang membalas dendam dengan mengalahkan Tawa 2-1, tetapi Tawa bangkit di perlawanan terakhirnya apabila menang 3-2 ke atas Takidum.

Takidum hanya perlu mengulangi kejayaannya mengalahkan Mantuka FT di pusingan pertama untuk muncul juara tetapi ternyata Mantuka FT benar-benar bangkit pada pusingan kedua itu dengan catatan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Takidum untuk meraih naib juara sekaligus menggugurkan Takidum kepada gelaran tempat ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA