Tawaf atas jambatan digantung sementara

Tawaf atas jambatan digantung sementara

MEKAH, 13 Sept (Agensi) – Tawaf di atas jambatan yang digunakan sebagai platform sementara terutama untuk jemaah berkerusi roda dan warga emas akan digantung buat sementara waktu akibat tragedi kren tumbang kelmarin, menurut sumber di Pejabat Ketua Pengarah Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Jambatan dua tingkat itu berukuran 12 meter lebar dan berada 34 meter dari aras tanah.

“Ketua Pengarah dan syarikat pembinaan projek pembesaran masjid membuat keputusan untuk menggantung tawaf di jambatan itu untuk keselamatan jemaah haji,” menurut sumber itu, hari ini.

Jambatan itu dibina sebagai laluan mataf sementara sehingga projek pembesaran laluan mataf utama selesai.

Pembinaan pada mataf utama mengurangkan kapasiti untuk jemaah hampir separuh. Jambatan itu mampu menerima sejumlah 35,000 jemaah sejam.

ARTIKEL YANG SAMA