Tawan tiga puncak pergunungan

Tawan tiga puncak pergunungan

SEPANG, 27 Dis – Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rashid yang menawan tiga puncak di pergunungan Himalaya, Kathmandu, Nepal baru-baru ini berhasrat untuk menakluk tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun pada tahun depan.

Khairil Aslan, 40, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kathmandu semalam berkata kejayaan menawan tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari bermula 26 Nov lepas merupakan latihan persiapan diri bagi ekspedisi tahun depan.

Kejayaan menakluk tiga puncak Himalaya turut mencipta rekod pendaki solo Asia yang melakukan ekspedisi di ketiga-tiga puncak berkenaan pada musim sejuk.

“Selepas ini saya ingin membuat rekod pendaki solo Asia paling pantas yang menghabiskan tujuh puncak di tujuh benua dalam masa satu tahun.

Saya akan memulakan ekspedisi saya pada awal Feb depan di Argentina untuk menawan puncak Aconcagua di benua Amerika Selatan sebagai puncak yang pertama dan mengakhiri ekspedisi di Carstensz Pyramid di benua Australasia,” katanya kepada pemberita selepas tiba di KLIA pada pukul 9.40 malam semalam. – Bernama

Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid berjaya mencipta rekod pendaki solo Asia setelah melakukan ekspedisi di tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari pada musim sejuk baru-baru ini.
Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid berjaya mencipta rekod pendaki solo Asia setelah melakukan ekspedisi di tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari pada musim sejuk baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA