Tawanan asing mohon bantuan

Tawanan asing mohon bantuan

MANILA, 11 Mac (Reuters) – Tiga warga asing yang telah diculik oleh kumpulan militan di Filipina hampir enam bulan lalu telah merayu kepada kerajaan mereka untuk membantu pembebasan mereka.

Ketiga-tiga lelaki warga asing, yang mana pihak berkuasa Filipina telah mengenal pasti dua orang warga Kanada dan seorang warga Norway, yang telah ditunjukkan dalam klip video itu bersama-sama dengan seorang wanita Filipina yang diculik bersama-sama mereka, kelihatan berlutut di atas tanah dengan lelaki bersenjata berdiri disisi mereka.

“Kepada Perdana Menteri Kanada dan kepada warga Kanada di dunia, diharap, akan memenuhi permintaan mereka dalam masa satu bulan atau mereka akan membunuh saya, mereka akan membunuh kami,” kata salah seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai John Ridsdel, seorang perunding perlombongan Kanada.

Ketiga-tiga mereka digari dan kelihatan kurus, berjanggut dan tanpa baju. Klip video yang berukuran kira-kira satu minit setengah itu disiarkan di laman Facebook, yang dikaitkan dengan pelampau Filipina.

Keempat-empat mereka diculik dari sebuah resort pantai di sebuah pulau selatan September lalu. Mereka dipercayai berada di dalam hutan pulau Jolo, kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf.

Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Robert Hall, seorang warga Kanada yang lain, berkata beliau tidak tahu berapa banyak wang tebusan mereka tuntut tetapi beliau merayu agar bantuan segara dilakukan.

Jurucakap Menteri Luar Kanada berkata kerajaan sedar mengenai video itu tetapi tidak mahu mengulas atau memberikan maklumat baru sekiranya ia mengancam orang-orang tawanan. Lelaki ketiga, yang memperkenalkan dirinya sebagai Norwegian Kjartan Sekkingstad, membuat rayuan yang sama. Ia adalah kali ketiga pihak militan mengeluarkan video rayuan itu daripada orang-orang tawanan.