Tawar promosi termasuk bufet sahur, sungkai

Tawar promosi termasuk bufet sahur, sungkai

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 31 Mei – Sempena bulan Ramadan ini, Hotel Garden Sentral menawarkan promosi untuk mana-mana jenis bilik pada harga yang istimewa bagi tempoh 9 Jun hingga 6 Julai nanti.

Bilik Superior yang ditawarkan pada harga istimewa dalam promosi ini turut termasuk Bufet Sahur dan Sungkai untuk dua orang dewasa.

Hotel tersebut juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti pasar raya, restoran, panggung wayang, taman permainan kanak-kanak, arked, kolam renang, gim, letak kereta, ruang balkoni terbuka, taman halaman dan banyak lagi yang kesemuanya boleh didapati di bawah satu bumbung.

Di samping itu, Hotel Garden Sentral juga mempunyai Service Hotel Apartment yang menawarkan penginapan jangka pendek dan penginapan jangka panjang bagi mereka yang ingin mencari tempat tinggal di Daerah Belait, apartmen itu juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga.

Apartmen ini terletak bersebelahan dan menghadap kolam renang, gimnasium dan balkoni peribadi yang bersambung dengan ruang makan serta servis.

Setiap apartmen mempunyai reka bentuk moden dan lengkap dengan dapur, dobi, ruang makan dan ruang tamu serta bilik tidur yang dilengkapi dengan set skrin rata LED HD berukuran 42” dan 50” dengan saluran pilihan antarabangsa dan Internet berkelajuan tinggi (optik gentian). Balkoni ruang terbuka untuk BBQ dan bersantai juga turut disediakan.

Tempahan awal juga membolehkan pelanggan menaik taraf bilik secara percuma ke bilik di tepi kolam renang atau bilik Balkoni Mewah.

ARTIKEL YANG SAMA