Tawaran bantuan guaman percuma

Tawaran bantuan guaman percuma

TAIPEI, 20 Julai – Kumpulan bantuan guaman di Taiwan menawarkan bantuan percuma kepada anggota keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan di taman hiburan pada bulan lepas, menurut seorang peguam hari ini.

Jurucakap Yayasan Bantuan Guaman Hsieh Hsing-ling berkata semua cawangannya di seluruh negara semuanya bersedia menerima kes guaman demi membantu keluarga mangsa.

Katanya, setakat ini sudah 11 kes difailkan oleh yayasan berkenaan.

“Kami menyasarkan untuk menawarkan bantuan guaman bagi mendapatkan bayaran pampasan dan menuntut hak mereka,” katanya.

Letupan debu ke atas hadirin ketika konsert mencederakan kira-kira 500 orang. Setakat ini, kemalangan itu sudah meragut tujuh jiwa dan menyebabkan kira-kira 170 yang lain dalam keadaan kritikal, menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.

Bapa salah seorang mangsa membunuh diri dengan menggantung dirinya pada Sabtu lepas di kediamannya di Taoyuan, lapor media milik kerajaan.

Polis berkata anak lelakinya menderita cedera lecur pada 20 peratus badannya, dan agensi itu membuat spekulasi bahawa bapa mangsa membunuh diri kerana menderita penyeksaan batin.

Menurut polis, bapa berusia 63 tahun itu bimbang mengenai bebanan kewangan jangka panjang bagi pemulihan dan pelbagai cabaran lain yang mendatang. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA