Tawaran hebat buat pemegang kad Baiduri

Tawaran hebat buat pemegang kad Baiduri

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Pemegang kad Baiduri yang sedang membuat persiapan untuk Sambutan Tahun Baru Cina boleh menikmati pelbagai tawaran dan ganjaran istimewa apabila mereka membeli-belah di Gedung Perniagaan Hua Ho di cawangan-cawangannya yang terpilih.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, hari ini, mereka sedang bekerjasama dengan Gedung Perniagaan Hua Ho untuk menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran istimewa untuk pelanggan-pelanggan mereka yang menggunakan kad kredit dan kad debit Bank Baiduri untuk membeli-belah di cawangan gedung perniagaan berkenaan di Delima, Gadong 2, Kiulap, Mulaut dan Tutong.

Menurut kenyataan itu, pada dua hujung minggu Januari ini iaitu 13 hingga 15 Januari dan 20 hingga 23 Januari, para pelanggan yang membeli-belah menggunakan kad kredit atau kad debit Baiduri akan menerima ganjaran, satu cabutan dalam Cabutan Bertuah Mesti Menang bagi setiap $100 yang dibelanjakan.

Dalam cabutan bertuah itu, para pelanggan berpeluang untuk memenangi baucar yang bernilai $5, $10, $20, $50 dan $100 serta peluang untuk membuat cabutan maksimum sebanyak tiga kali dengan perbelanjaan $300 dalam satu resit.

Mereka yang ingin untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai promosi itu, boleh melayari laman sesawang Bank Baiduri www.baiduri.com di bawah Bahagian Promosi.

ARTIKEL YANG SAMA