Tawaran hebat di Intracorp

Tawaran hebat di Intracorp

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Kedai rangkaian elektronik pengguna dan peruncit perabot terkenal di Brunei, Intracorp (B) Sdn Bhd, baru-baru ini, meraikan ulang tahun ke-15 yang berlangsung di cawangan Megastore, Gadong dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Bersempena dengan Jualan Ulang Tahun Brunei Salebration 2015, Intracorp yang juga merupakan pengedar pelbagai jenama seperti Akira, Samsung, Philips, Beko, Mistral dan Mayers turut menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus bagi kesemua barangan elektrik dan perabot.

Menurut kenyataan syarikat itu yang dikeluarkan di sini hari ini, tawaran yang berlangsung bermula 29 Disember sehingga 3 Januari 2016 itu merupakan salah satu cara untuk menghargai para pelanggan mereka.

Ia juga menyediakan jualan awal khas yang bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. Antara barangan yang ditawarkan semasa promosi tersebut ialah papan seterika dan periuk nasi elektrik Akira dengan harga yang menarik.

Selain itu, tawaran tersebut juga termasuk pelbagai jenis produk elektronik seperti TV LED, Home Theatre System dan barangan elektronik pengguna, peralatan rumah dan dapur termasuk pelbagai jenis perabot seperti sofa, set bilik tidur, tilam, set meja makan dan banyak lagi.

Para pelanggan bolehlah mengunjungi cawangan-cawangan Kedai Intracorp di Simpang 15, Jalan Gadong, Kiulap Plaza Hotel, Simpang 628, Kampung Madewa, Kampung Petani, Tutong, Jalan Sultan Omar Ali, Seria dan Jalan Pretty di Kuala Belait.

pg08_151231_b

Orang ramai berbaris di hadapan kedai itu di Gadong untuk mendapatkan harga istimewa barangan elekrik dan perabot.
Orang ramai berbaris di hadapan kedai itu di Gadong untuk mendapatkan harga istimewa barangan elekrik dan perabot.
Antara barangan elektrik yang ditawarkan Intracorp.
Antara barangan elektrik yang ditawarkan Intracorp.
Cawangan Megastore Intracorp di Gadong.
Cawangan Megastore Intracorp di Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA