Tawaran hebat Hari Penghargaan Netcom

Tawaran hebat Hari Penghargaan Netcom

BANDAR SERI BEGAWAM, 26 Jun – Sebagai usaha memberi balik kepada masyarakat dan penghargaan kepada para pelanggannya yang telah memberikan sokongan berterusan, Netcom Computer mengadakan Hari Penghargaan bermula hari ini hingga 28 Jun dengan menawarkan pelbagai promosi hebat di kesemua cawangannya di seluruh negara.

Menurut kenyataan Netcom, hari ini, sepanjang tiga hari itu, barangan seperti aksesori Dell, Trendnet, Kingston, Razer, Verbatim, dan produk Kaspersky, akan ditawarkan diskaun 8 peratus bagi bukan ahli dan tambahan 3 peratus bagi ahli Netcom.

Setiap pembelian minimum $50 dalam satu resit juga akan menerima tuala sukan Netcom secara percuma selagi stok masih ada.

Selain itu, Netcom turut memberikan diskaun sehingga $200 bagi komputer riba dan komputer peribadi Dell yang terpilih, termasuk Dell Inspiron 14 5000 (5448) Series, yang dikuasakan pemproses i7 generasi ke-5, dengan Genuine Windows 8.1 Single Language, RAM 8GB, kapasiti HDD hibrid 1TB dengan Flash 8GB, paparan grafik atau AMD Radeon R7 M270 4 GB DDR3.

Kakitangan Netcom menunjukkan posteri Hari Penghargaan selama tiga hari itu.
Kakitangan Netcom menunjukkan posteri Hari Penghargaan selama tiga hari itu.

Pembelian Notebook dan Desktop Dell terpilih berkenaan juga akan menerima Mc Afee Security Center secara percuma selama 15 bulan, beg sandang Dell dan tetikus wayarles Dell WM123, Kingston 8GB DTIG4 USB 3.0 Pendrive dan sarung komputer riba.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 2231563/4 atau mengikuti akaun Facebook dan Instagram netcombrunei.