Tawaran ikuti kursus jangka pendek IBTE

Tawaran ikuti kursus jangka pendek IBTE

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan (CET), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) akan mengadakan Kursus Pendek Pengendalian Alatan Mesin Bagi Tanaman Sayuran pada Oktober dan Kursus Pendek Pemprosesan Makanan pada Oktober dan November 2015.

Menurut kenyataan IBTE, di sini, kursus-kursus berkenaan akan diadakan di kampus IBTE , Sekolah Vokasional Wasan yang terletak di Kampung Tungku, Gadong dan dibukakan kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang tidak bekerja dan berumur antara 18 hingga 35 tahun serta berminat untuk menceburi bidang pertanian dan agrimakanan serta ingin bekerja sendiri.

Kursus Pendek Pengendalian Alatan Mesin Bagi Tanaman Sayuran akan mengambil masa selama 20 jam bermula 21 Oktober dan akan diadakan setiap hari Rabu dan Khamis, dari jam 2 petang hingga 4:30 petang.

Sementara itu, Kursus Pendek Pemprosesan Makanan akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pemprosesan daging burger selama 10 jam bermula 21 Oktober setiap hari Rabu (2:00 – 4:30 petang) dan pemprosesan nuget selama 10 jam bermula 18 November juga setiap hari Rabu (2:00 – 4:30 petang).

Bagi kursus pemprosesan makanan ini, para peserta dikehendaki untuk membawa sendiri bahan-bahan memproses burger/nuget bagi kursus yang diikuti.

Borang permohonan boleh didapati daripada CET, IBTE, Simpang 347, Jalan Pasar Baharu Gadong.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat bolehlah menghubungi talian 2422493 atau Kampus IBTE, Sekolah Vokasional Wasan di talian 2683200 atau layari laman sesawang IBTE di alamat www.ibte.edu.bn.

ARTIKEL YANG SAMA