Tawaran istimewa Burger King

Tawaran istimewa Burger King

Oleh Yusrin Junaid
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Burger King (BK) Brunei kini muncul dengan slogan ‘Have it Your Way’ sempena menyambut kejayaan BK Whopper & Tendergrill yang merupakan hidangan kegemaran ramai.

Slogan itu membawa maksud para pelanggan boleh memilih isi kandungan burger Cheesy Whopper & Tendergrill mengikut cita rasa sendiri dengan menambah lebih banyak keju, timun dan daging atau ayam.

Tawaran istimewa ini bermula hari ini dan akan berakhir sebelum menjelangnya bulan Ramadan ini, ujar Pengurus Pemasaran Burger King Brunei di Citi Square, Lim Kai Wei.

Burger Cheesy Tendergrill tampak menyelerakan dengan cita rasa sendiri.
Burger Cheesy Tendergrill tampak menyelerakan dengan cita rasa sendiri.

“Selain itu, kami mahu pelanggan kami menikmati burger istimewa kegemaran mereka dengan hidangan Double Cheesy Whopper dan Tendegrill Chicken. Pati burger-burger ini dihasilkan daripada 100 peratus isi daging lembu dan daging ayam yang disaluti dengan resipi rahsia hebat Burger King,” katanya.

Tambahnya lagi, menu terbaru BK ini boleh didapati di semua cawangan Burger King di sini sementara stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA