Tawaran istimewa cakera keras

Tawaran istimewa cakera keras

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Dalam usaha untuk terus menawarkan pelbagai barisan produk penyimpanan data yang berkapasiti tinggi dan inovatif dengan menekankan nilai untuk wang, Concepts Computer bersama Seagate telah memperkenalkan tawaran istimewa barisan cakera keras (hard disk) penyimpan data yang berkapasiti tinggi iaitu 500 GB dan 1 TB yang boleh diperoleh di Cawangan Concepts Computer, Kiulap.

Produk cakera keras itu bukan sahaja amat sesuai bagi para pengguna untuk menyimpan data-data penting mereka tetapi juga mampu untuk menyimpan video, audio dan fail-fail serta gambar-gambar mereka dengan selamat dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Di antara barisan produk cakera keras yang ditawarkan itu adalah termasuk Seagate Expansion Portable Drive, Seagate BackUp Plus Slim dan Seagate Seven.

Pelbagai barisan produk simpanan data berkapasiti tinggi berjenama Seagate yang kini boleh diperoleh di Concepts Computer.
Pelbagai barisan produk simpanan data berkapasiti tinggi berjenama Seagate yang kini boleh diperoleh di Concepts Computer.

Menurut Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, pelancaran baris produk itu merupakan usaha berterusan syarikatnya untuk menawarkan penyelesaian yang bijak bagi pelanggan mereka yang memerlukan alat simpanan data yang bukan sahaja selamat dan boleh dipercayai tetapi juga nilai untuk wang.

Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman pula berkata bahawa barisan produk penyimpanan data keluaran Seagate boleh dipercayai dan mempunyai prestasi yang terbaik.

Beliau menambah bahawa bagi setiap pembelian cakera keras Seagate dengan kapasiti simpanan 1 TB dan ke atas, para pelanggan akan diberikan sehelai kemeja-T Seagate eksklusif dan di samping itu, bagi setiap pembelian $200 ke atas dalam satu resit, mereka juga akan mendapat satu baucar minuman Kingston satu Karton secara percuma.

ARTIKEL YANG SAMA