Tawaran menarik BIBD di BITC

Tawaran menarik BIBD di BITC

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Sempena Pameran Perdagangan dan Pengguna Antarabangsa Brunei (BITC) yang berlangsung di Dewan BRIDEX, Jerudong, hingga esok, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menawarkan pelbagai tawaran menarik

Terletak di Dewan 2, pengunjung petak BIBD boleh mendapatkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan termasuk Kad Visa yang dilancarkan baru-baru ini.

BIBD dalam kenyataannya turut menggalakkan orang ramai mengunjungi petak mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif dan aktiviti yang menggalakkan perancangan kewangan bagi pelaburan jangka masa panjang dan pendek.

Di samping itu juga faedah-faedah termasuk menggunakan Pembiayaan Penambahbaikan Rumah dan Pembiayaan Pendidikan, terutamanya dalam persediaan bagi musim perayaan dan permulaan tahun akademik bagi universiti-universiti.

Sebagai bonus, pelanggan yang mendaftar bagi produk-produk Pembiayaan Penambahbaikan Rumah dan Pembiayaan Pendidikan, di samping perkhidmatan-perkhidmatan lain BIBD, juga akan menerima pengecualian bayaran sepanjang pameran itu.

Turut hadir pada acara itu adalah Perbankan Perniagaan Tijarah, yang merupakan usaha BIBD untuk menyokong syarikat-syarikat permulaan dan PKS di negara ini.